Sunday, July 24, 2011

in mood: merajuk dengan cikgu jawi !

assalamualaikum dan hey korang !
sekarang ni kan, aku memang ngah merajuk and frust giller dengan cikgu subjek KH yang bernama cikgu jawi . sakit hati tau . adalah 1 hari tu, cikgu mintak tolong dengan aku and member2 aku, tolong kemaskan and susunkan semua stok ves pengawas yang baru sampai . at the same time, aku ade tak puas hati dengan seorang pengawas percubaan form 1 yang memang kerek giller lah kan . so, aku pun mengadu lah dengan cikgu jawi .

aku: cikgu, saya tak puas hati lah dengan (tettttt) . dia tu kerek sangat . depan kitorang dah berlagak macam ape . dia tu berlakon je lah cikgu .
cikgu jawi: eleh. kau cakap orang berlakon . kau tu same je . kat kelas dengan budak lain . kat luar lain .
aku: eh ? saya pulak yang kena ? lagi satu, saya tak couple pun dengan (tettttt)
cikgu jawi: aku dah dengar banyak citer . aini playgirl aini playgirl . nak muntah aku dengar .
aku: dah lah cikgu. saya dah tak nak tolong cikgu . (sambil buat muka tak puas hati and nak nangis .)

grrr . masa tu member2 aku ngah tolong cikgu kecuali aku . yela, ngah merajuk kan . tibe-tibe.....

cikgu jawi: woi, tolong lah diorang .
mira: cikgu, dia merajuk lah .
cikgu jawi: kalau dia merajuk, aku api-apikan si (tetttttt)
aku: hish cikgu ni, saya tak couple dengan dia lah .

masa tu memang frust giller lah dengar apa yang cikgu cakap tu . sabar je lah ! after diorang tolong cikgu, aku pergi lah jumpa cikgu hamka . saje-saje nak kacau cikgu . if aku jumpa cikgu hamka, gerenti aku tersenyum-senyum .

cikgu hamka: ni kenapa ? tersengih-sengih .
cikgu jawi: biasa lah . orang dah ada pakwe .
aku: eleh cikgu ni .

apa seyh cikgu ni . yang penting, memang aku ngah merajuk dengan cikgu jawi !

Friday, July 22, 2011

???

hey korang ! huhu . straight to the point, aku dah malas nak main-main bayang sebab sekarang mata aku macam nak tak nak je bukak ! sekarang atau bahasa jawa nye NOW aku memang teramat busy kumpul duit untuk blog aku yang tercinte ini ! hehe . tapi, aku kumpul duit tanpa pengetahuan mak aku . ssshhhh, korang diam-diam je dah lah ea ? aku nak tempah header and maybe banner . tempah tu memerlukan duit ye ! sebab itu lah aku busy and excited sangat-sangat nak kumpul duit . kadang-kadang kena marah jugak ngan mak aku sebab tiap-tiap hari nak pegi sekolah gerenti mintak duit lebih . sekarang pun mak aku selalu bagi RM 3 ++ for duit belanja aku. bukan lagi RM 2 as usual ! wah, suke suke ! mak aku macam tahu-tahu je yang aku nak kumpul duit . that's why lah kadang-kadang aku tak makan time rehat ! nak kumpul duit punye pasal . duit belanja aku adalah antara sumber duit simpanan aku buat masa sekarang . and next time, maybe aku 'pau' abang angkat aku (shafiq !) haha:) so shafiq, you better watch out ! aku 'pau' dia sebagai upah atau gaji aku me'manage' blog dia tu !

aku: if kau nak buat header, kau kene bagi aku RM 15 atau RM 20, RM 5 for upah aku .
shafiq: kau nak makan penumbuk aku ?!
aku: well, kau nak telan penyepak aku ?!

haha:) antare sesi gaduh-gaduh manja !


semenjak dua menjak ni kan, aku lebih aktif n fokus dalam hal-hal blog ni . kalau dulu, tak ade maknanya aku nak update blog ni . jangan katakan update, blogwalking pun aku tak rajin . haha:) betape malasnya aku . tapi sekarang, dalam sebulan gerenti ade je story yang aku nak telling-telling kat korang . tapi, itu pun setakat beberapa entry saje . sebab aku just online hari jumaat and sabtu . hari yang lain aku kene study, study and study ! yess, study untuk nak dapatkan netbook dan exam yang makin dekat ni ! tapi, aku tak suka belajar seorang diri, ape kata korang lah yang temankan aku . nak suruh boyfiee aku temankan ? haha:) saya tak tahu lah awak sudi ke tak ? maybe tak sudi kot . gerenti awak ade kerja lain selain teman kan saya study kan ? :')

Sunday, July 17, 2011

"GiveAway : One Klik One Present by Lyssasecret"

hye kawan-kawan sekalian alam !
jom join giveaway kak lyssa yang comel ni ramai-ramai ! hadiah lumayan tau ! jangan lepaskan peluang !



TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 JULAI 2011

cepat !! dah tak lama lagi je tu ! kalau tak sempat, siapa yang rugi ? korang jugak kan ?

tag: nylia
aina
nadia
asmawani